Makanan memang sinonim dengan orang di Asia. Seingat saya, semasa belajar di New Zealand dahulu, pensyarah saya ada menegur tentang perangai orang Asia yang padanya terlalu kerap makan. Mana tidaknya, setiap kali ada majlis yang dianjurkan oleh badan wakil pelajar, perkara utama yang dibincangkan semua adalah makanan.
Di sana, kami tiada Homeroom. Jadi semuanya perlu buat sendiri.
Cerita semasa berpuasa lagi kelakar. Selalunya kami akan berbuka di dalam kuliah. Apabila tiba waktu berbuka puasa, kedengaranlah bunyi-bunyi plastik dibuka dan makanan seperti kurma diedar kepada mana-mana rakan yang duduk berdekatan. Mat Salleh pula akan membuat muka pelik kerana mereka tidak biasa melihat budaya ini.
Namun kami tidak pernah merasai kemeriahan berbuka puasa seperti yang dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Homeroom bersama kerjasama Badan Wakil Pelajar. Jadi untunglah para pelajar MRSM Betong kerana dapat menikmati banyak juadah berbuka bersama keluarga homeroom masing-masing.
![]() |
Holistik 1 |
![]() |
Futuristik 5 |
![]() |
Dinamik 1 & Efisien 1 |